Semalam aku bertolak ke JB, kebetulan bertemu dengan Butek adik si Gedek bersama wifenya yang juga nak ke JB, tetapi hanya Butek yang nak ke JB, manakala wifenya masih stay di Rompin, tak sampai setengah jam kami berborak bas dari Kuantan ke JB akhirnya sampai jua ke Stesen Bas Rompin, masa nak naik bas tu sempat juga laa cuci mata tengok awek-awek nurse turun dari bas, bleh tahan…

Butek di tempat duduk 5C manakala aku di tempat duduk berasingan iaitu 5B, dalam perjalanan ke JB semesti aku kebosanan, apa lagi, mentenetkan diri bersama Sony Ericsson G705 aku lerr… itu jek yang mampu… dulu aku ada iPhone 3G tapi aku dah jual RM 1500 huhuhuhu.. walaubagaimana pun Sony Ericsson aku yang menggunakan prepaid broadband Celcom RM 20 seminggu dan dikombinasikan dengan Nimbuzz dan Opera Mini Beta 2 sudah cukup melengkapkan kehidupan berinternet aku dalam perjalanan ke JB.

Buat masa ini aku berpuasa hati dengan G705 aku nie, yer laa G705 juga boleh berfungsi sebagai 3G modem semasa aku diri rumah untuk melayari internet bersama laptop, aku malas nak masuk streamyx atau daftar Celcom Broadband postpaid memandangkan kat kedai dah ada streamyx soho package yang dikatakan cukup stabil walhal tak pun.. lembab juga…

Aku beli Sony Ericsson G705 ni nak kata dah lama tak lama juga, masa beli dulu harga dalam RM 725 tu masa 6 bulan lepas dan sekarang aku tak tahu berapa harga terbaru, tujuan asal aku beli G705 ni kerana ianya mempunyai keupayaan mengakses internet melalui Access Point, yer laa memandangkan kerja-kerja aku yang ada sangkut paut dengan bidang rangkaian tanpa wayar “pergh melayu giler bahasa…” ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri GPS, semasa mula-mula aku beli G705 ni aku dah pernah cuba sistem GPS pada handphone tersebut dalam perjalan pulang ke Rompin dari Kuantan, ok laa insyaAllah tak sesat kat jalan raya, dibawah ni aku sertakan spesifikasi utama secara lebih lanjut, “maaf aku malas nak type sendiri spec hp ni so aku copy paste jek”:

Specifications:

  • Large 2.4” screen – view websites and emails with high clarity
  • HTML browser – surf the net how it was meant to be
  • Automatic rotation – switch from portrait to landscape with just a tilt of the phone
  • Google™ shortcut key – Go to Google™ from the idle screen with one key press
  • Inbuilt aGPS combined with Google Maps™ for Mobile and Wayfinder™ – never get lost again
  • Wi-Fi™ and DLNA certified™ – connect the way you want
  • 3.2 megapixel camera – snap and share your favourite images via Bluetooth™
  • YouTube™ compatible – upload videos or download favourite clips

The G705 and G705u (exclusive to Orange) support GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 and UMTS/HSDPA 2100. G705 will be available in selected markets from early Q4 in the colours Silky Gold or Majestic Black. G705u (exclusive to Orange) will be available from early Q4 in the colour Luminous Black. The G705 will also be available in a version for American markets supporting networks GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 and UMTS/HSUPA 850/1900/2100. G705 for American markets will be available early Q1 2009. 

Ulasan dari aku plak, aku nasihatkan korang yang beli Sony Ericsson G705 ni supaya segera menginstallkan Nimbuzz dan juga Opera mini tak kisah laa beta atau pon tak, G705 aku dilengkapi Nimbuzz 1.4 dan Opera mini 4 dan Opera mini 5beta 2.

Nimbuzz cukup berguna sekiranya korang jenis yang suka berchating menggunakan pelbagai protokol seperti Yahoo, Gtalk, Skype, Facebook, MSN dan lain-lain, manakala Opera mini 5 beta 2 cukup mengagumkan aku kerana mempunyai kebolehan memaparkan pelbagai laman web dengan sokongan ciri-ciri tabbed browsing kalau Opera mini version 4 dulu aku hanya bleh buka satu laman web pada satu-satu masa jek, sekarang ni dengan Opera mini 5 beta 2 macam-macam website aku boleh layari.

Selain itu G705 juga mempunyai mail client yang membolehkan aku memuat turun email-email dari gmail atau ymail tapi pastikan memory korang ditukarkan dari 1GB kepada kapasiti yang lebih besar kalau boleh 8GB, tapi sebenarnya 1GB tu pon dah cukup, cuma kalo korang jenis suka letak mp3/4 dan gambar-gambar kat dalam memory, aku nasihatkan tukar kepada memory yg lebih besar.

Jadi nasihatku bagi korang yang tak mampu untuk beli iPhone 3G, Blackberry, HTC atau yang seumpanya…. berpadanlah dengan G705.. murah, ringkas, berkebolehan dan sempoiiiiiiiii…..


from : keghah palo

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)