Ubuntu Linux 10.04 Lucid Lynx
- May 25th, 2010
- Posted in Uncategorized
- By Adnan Rahim
- Write comment
Kelmarin saya baru sahaja telah membuat kemaskini sistem pengoperasian Ubuntu Linux dari versi 9.10 Karmic Koala kepada 10.04 Lucid Lynx terhadap laptop buruk saya.
Proses kemaskini tersebut saya lakukan setelah beberapa minggu yang lalu, pasukan pembangunan Ubuntu mengeluarkan keluaran Beta kedua dan terakhir dari sistem penoperasian 10.04 Ubuntu LTS (Lucid Lynx).
Ok, untuk makluman, paparan skrinshot yang anda lihat bukanlah dari laptop saya, kerana selepas installasi peningkatan versi selesai dilakukan saya dapati tidak terdapat sebarang perubahan terhadap paparan antara muka Ubuntu. Lagipun sebenarnya saya lebih menyukai paparan lama, tapi sebab nak puaskan hati pembaca saya sertakan skrinshot asal dari laman web Ubuntu. hehe.. malas sket laa sory..
Apa yang baru di Ubuntu LTS 10,04 2 Beta? Nah, ciri yang paling penting dari ini keluaran beta kedua adalah tanda-baru GNOME desktop 2.30 persekitaran, yang membawa banyak dan banyak ciri baru dan menarik yang akan membuat Ubuntu LTS 10,04 sistem operasi tampan dan moden.
Sedikit ulasan mengenai pemasangan kemaskini dari 9.10 kepada 10.04, apa yang saya boleh katakan Ubuntu 10.04 kali ini sangat-sangat menyenangkan, tidak terdapat masalah semasa proses kemaskini peningkatan versi dari 9.10 kepada 10.04.
Jika dahulu saya terpaksa membuat beberapa kali pemeriksaan dan pembetulan, tapi untuk kali ini amat memuaskan hati. Jika kita mengikut saranan Upgrading Note, mereka menyarankan supaya kita membuang atau lakukan proses uninstalling third party software contohnya seperti Skype, walaubagaimana pon disebabkan saya berminat untuk mengetahui apa akan terjadi kepada Skype sekiranya saya tidak membuang program tersebut terlebih dahulu, saya dapati tidak ada sebarang masalah terhadap program Skype tersebut yang mana saya masih boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan saya.
Dari segi paparan pula saya boleh berikan 4 dari 5 bintang kepada pasukan Ubuntu, sebagaimana pada awalnya lagi saya katakan paparan persekitaran desktop Gnome 2.30 memang amat cantik dan menyejukkan mata memandang, hehehe…
Saya juga dapati proses loading dan reboot untuk 10.04 lebih laju berbanding 9.10, jika 9.10 dulu saya dapat rasakan sudah cukup pantas berbanding windows vista atau windows 7, tapi untuk versi 10.04 saya berani katakan ianya lebih pantas lagi.
Program perisian pejabat seperti OpenOffice.org 3.2.0 juga lebih ringan dari versi sebelum ini, maklumlah, Oracle dah beli OpenOffice.org jadi dah tentu jumlah dana yang besar diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi OpenOffice.org.
Applikasi yang paling utama masa kini adalah web browser, saya boleh katakan paparan sesebuah laman web juga lebih cepat dan firefox kini dirasakan lebih ringan daripada dahulu. Sedangkan saya tidak membuat apa-apa peningkatan terhadap spesifikasi laptop saya terutama Ram dan juga Hardisk.
Jadi apa yang boleh saya katakan untuk Ubuntu 10.04 LTS telah memberikan peningkatan yang amat baik. Kepada mereka yang masih menggunakan Windows jangan risau dan bimbang untuk membuat pemasangan dual booting. Ubuntu Linux adalah salah satu Linux Distro yang paling mesra pengguna untuk dicuba dan diterokai.. oleh itu silalah ke www.ubuntu.com untuk mendapatkanya..






















No comments yet.