Hikayat Merong Mahawangsa
- February 10th, 2010
- Posted in Uncategorized
- By Adnan Rahim
- Write comment
Hikayat Merong Mahawangsa adalah salah satu sumber sejarah awal mengenai pembukaan negeri Kedah Tua dan Langkasuka. Ianya mengisahkan perihal negeri Kedah yang pada asalnya dibuka oleh Merong Mahawangsa yang didakwa dari keturunan Iskandar Zulkarnain dari Makedonia.
Kini KRU dikatakan akan menayangkan filem Merong Mahawangsa ini tidak lama lagi dan dikatakan salah satu filem Malaysia termahal selepas PGL. Mampukan filem arahan Yusry KRU menandingi filem termahal Thailand iaitu Queens Of Langkasuka sebagai filem epik termahal Thai.
Bagi aku PGL tidak boleh jadikan ukuran untuk Merong Mahawangsa memandangkan QOL adalah lebih bagus dari PGL (itu pendapat aku). Apa yang lebih memalukan lagi bagi industri perfileman Malaysia adalah kisah epik sejarah bangsa melayu dihasilkan oleh orang luar.
Aku harap dengan usaha KRU ini dapat menyaingi atau lebih baik lagi hasilnya dari QOL memandangkan sebelum ini KRU agak berjaya melakukan inovasi dalam bidang perfileman Malaysia walaupon pada hakikatnya aku tak berminat dengan filem Cicakman pasal takde keasliannya meniru tema filem-filem superhero Hollywood.
Dan lagi yang paling menyedihkan bagi aku adalah filem Leftenan Adnan, harap2 KRU boleh buat versi reboot untuk filem tersebut. Lagi satu untuk pengusha filem2 melayu ni tolonglah jangan buat filem silat hong kong, adoiii… masa zaman 90an dulu selepas era Eman Manan, filem2 silat melayu hancurrrr… jadi silat Hong Kong.. takde maknenyeeeeeeeeeeee…..
In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa (Studies on Southeast Asia, No 4)In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa (Studies on Southeast Asia, No 4)



















No comments yet.