Beberapa minggu lalu, aku terperasan suatu perkara yang berlaku apabila aku cuba melakukan koneksi ke server yahoo melalui pidgin tetapi gagal, aku sangka ianya berpunca dari yahoo sendiri, tetapi apabila aku cuba melakukan koneksi menggunkan yahoo messenger aku dapati tiada sebarang masalah, dan aku sedar ianya mungkin berpunca dari pidgin sendiri.

Aku kemudianya melakukan re-installasi program pidgin bagi menyelesaikan masalah tersebut tetapi masih tidak berjaya. Seperti biasa jalan terakhir bagi ku adalah google.com, dan aku juga melawati laman web pidgin untuk mengetahui perkara sebenar dan kebenaran itu ku temui. Aku mendapati masalah ini berpunca disebabkan yahoo telah melakukan proses menaik taraf server mereka dan pasukan pembina pidgin juga telah dengan giatnya meriliskan versi terbaru iaitu 2.5.7 dan terbaru sekali adalah 2.5.8 bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu bagi kalian yang menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu 9.04 Jaunty Jackpole anda boleh mengikuti panduan seperti dibawah bagi melakukan prosees menaik taraf perisian pidgin anda.
Jalankan program gnome-terminal dan salinkan arahan berikut kedalam paparan terminal

  • sudo apt-key adv –recv-keys –keyserver keyserver.ubuntu.com \     67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8
  • echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \     `lsb_release –short –codename` main | \
    sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list
  • kemudian jalankan arahan berikut :
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get upgrade

Selamat mencuba untuk panduan bagi distro linux yang selain Ubuntu sila ke laman web pidgin untuk

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)