thenone

Kesufian

by Adnan Abdul Rahim on Jul.03, 2009, under Religion

Entah apa yang membuatkan aku akhir-akhir ini kerap membelek buku-buku yang bercorak kesufian. Agak lama juga aku tidak ambil peduli akan hal-hal ini semenjak aku meninggalkan pondok Kg. Pek. Apa sebabnya? Mungkin aku kebosanan, mungkin juga kesedihan, ya memikirkan umur yang kian meningkat menandakan makin hampirnya kita pada mati, memikirkan dosa yang banyak yang tak mungkin tertebus dalam sisa-sisa cebisan hidup yang tinggal.

Maka itu aku terasa ingin membicarakan tentang kesufian walaupun aku bukan ahli yang arif tentangnya, ilmu ku tidak cukup sebenarnya untuk membahaskan, tetapi cukuplah sekadar aku menerangkan apa yang kufahami.

Bagiku sufi itu adalah suci, dan manusia yang mengikuti dengan tegar jalan kesufian itu adalah manusia yang menginginkan kesucian hati membuang jauh sifat-sifat keji yang berkelodak diruangan hati-hati yang onar. Kesufian telah wujud dari dalam diri Rasullulah dan para sahabat dan tabi’in.

Ramai yang beranggapan kesufian itu bukan dari ajaran islam dan tidak sedikit yang menentang, tapi bagi ku kesufian adalah suatu wadah yang telah menyedarkan sekian ramai insan dan memberikan sekian banyak sumbangan, baik dari segi kemasyarakatan, persaudaraan, kekeluargaan, bahasa, sastera serta permunian akhlak insan yang mengikuti jalan sufi.

Bagi ku kesufian tidak semestinya berpakaian carik dan lusuh, menghindarkan dunia secara total, menjauhi kenikmatan dunia secara zahir, tetapi bagiku juga intipati kesufian takkan tercapai dengan cara menjauhi kenikmatan nafsu dari awalnya, Rasullullah tidak menghalang kita menikmati urusan dunia tetapi harus berwaspada dan bersederhana ketika menikmatinya, tidak mengejar tetapi tidak ditinggalkan olehnya.

Kita diajar menggunakan dunia untuk mencapai akhirat itu lah kesufian bagiku, tapi aku sendiri hingga kini masih belum mampu melakukan hal yang termudah didalam kesufian, dan ku pohon agar suatu hari Tuhan bisa memberikan kekuatan hati nurani dan jasmani serta mempermudahkan bagiku untuk kebaikan akhirat.. InsyaAllah

Jalan kesufian adalah jalan pencarian Tuhan, orang-orang suci terdahulu sanggup berkorban harta dan maruah semata-mata mencari tuhan, malah ada yang berkorban nyawa. Bila kufikirkan diri ku dan mereka terlalu jauh untuk ku merasakan persamaan kenikmatan yang mereka kecapi. Mungkin dulu pernah kurasakan sekelumit nikmat ketika berada diluar pintu kesufian, tapi dunia telah kujadikan rumah penginapan yang empuk.

Bookmark and Share
Leave a Comment more...

Diskless Linux Gaming Terminal

by Adnan Abdul Rahim on Jun.30, 2009, under Business & Marketing, Gaming Technology, Linux, Open Source

What a success, actually this is quite late for me to post this, but I just wanna share this with others that’s diskless linux gaming terminal is possible to do. From 5th to 7th June our exhibition our open source software technology at Rompin Fest 2009 was a big success.

Our DRBL Server Specification:

  • P4 2.4 Ghz
  • 40GB Hard Disk
  • 2 x 10/100Mbps NIC
  • with Ubuntu 8.04
  • Games Installed: Warzone2100/Warsow/Glest/Alien Arena/Tremulous/Savage2

Our DRBL Client

  • p4 1.6Ghz - 1.8Ghz
  • 512MB - 768MB DDR1 Memory
  • 256MB NVidia FX 5500 AGP
  • 1 x 10/100Mbps NIC

Pundek sungguh apsal plak x leh nak upload gambo nie…

Bookmark and Share
Leave a Comment more...

Masalah Koneksi Pidgin Ke Server Yahoo!!

by Adnan Abdul Rahim on Jun.29, 2009, under Internet & Networking, Linux, Software, Tutorial

Beberapa minggu lalu, aku terperasan suatu perkara yang berlaku apabila aku cuba melakukan koneksi ke server yahoo melalui pidgin tetapi gagal, aku sangka ianya berpunca dari yahoo sendiri, tetapi apabila aku cuba melakukan koneksi menggunkan yahoo messenger aku dapati tiada sebarang masalah, dan aku sedar ianya mungkin berpunca dari pidgin sendiri.

Aku kemudianya melakukan re-installasi program pidgin bagi menyelesaikan masalah tersebut tetapi masih tidak berjaya. Seperti biasa jalan terakhir bagi ku adalah google.com, dan aku juga melawati laman web pidgin untuk mengetahui perkara sebenar dan kebenaran itu ku temui. Aku mendapati masalah ini berpunca disebabkan yahoo telah melakukan proses menaik taraf server mereka dan pasukan pembina pidgin juga telah dengan giatnya meriliskan versi terbaru iaitu 2.5.7 dan terbaru sekali adalah 2.5.8 bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu bagi kalian yang menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu 9.04 Jaunty Jackpole anda boleh mengikuti panduan seperti dibawah bagi melakukan prosees menaik taraf perisian pidgin anda.

Jalankan program gnome-terminal dan salinkan arahan berikut kedalam paparan terminal

  • sudo apt-key adv –recv-keys –keyserver keyserver.ubuntu.com \     67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8
  • echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \     `lsb_release –short –codename` main | \
    sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list
  • kemudian jalankan arahan berikut :
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get upgrade

Selamat mencuba untuk panduan bagi distro linux yang selain Ubuntu sila ke laman web pidgin untuk maklumat lanjut

Bookmark and Share
Comments Off :, more...

Aduh…

by Adnan Abdul Rahim on Jun.25, 2009, under General

Aduh..
Sakitnya aku mengerti perasaan ini
Apakah ianya pasti atau mati

Aduh..
Perit sungguh rasa ini
Amat susah dan payah dimengerti

Aduh..
Atau belum lagi ditepati janji dulu
Telah sekian lama aku menanti yang belum pasti

Mana sempat aku mempelajari tentang Aku
Yang sudah tentu aku dan kamu pun tidak tahu

Hanya yang ku tahu aku melalui dia
Dia yang tak punya masa dan tempat

Dia yang tak pernah melupakan Aku
Walaupon aku tidak tahu akan dia

Aku dan dia dua perkara yang berbeza
Walaupon aku datang dari dia

Walaupon aku tak mengerti tentang aku
Tapi dia lebih tahu dari diriku sendiri tentang aku

Aduh..
Sulit sungguh yang ku tahu
Malah tiada apa pun yang kubersedia

Aduh..

Bookmark and Share
Leave a Comment more...

Kacau-kacau Air Kopi

by Adnan Abdul Rahim on May.23, 2009, under General, Politics

Kacau-kacau, gawat sekarang nie, aku tengok politik Malaysia makin hari makin teruk, BN seolah-olah orang yang ketakutan pada bayang-bayang sendiri, sudah laa dirampasnya Perak dari PR, bila dah suasana politik di Perak jadi haru biru, die org mintak plak pemimpin politik supaya mententeramkan keadaan, padahal yang memulakan biru haru ni die org sendiri.

Jimat Berbelanja!

Pandai betul si mamak tu berlakon, cit porah… Di penanti BN tak bertanding, katanya nak jimatkan duit rakyat, nak selamatkan ekonomi negara ntah apa-apa lagi laa temberang die org, aku suarakan pendapat aku pada mak aku berkenaan akan ketidak hadiran BN di penanti yang menggunakan alasan nak jimat duit rakyat nie.

Cuba laa korang pikir, brapa sangat laa belanja pilihanraya kecil kalo nak di bandingkan dengan pembatalan projek jambatan bengkok yang die org batalkan dulu, serta ganti rugi yang harus kerajaan bayar balik kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat, bukan ke duit yang die org bagi kat kontraktor tu semua duit rakyat?

Kalah Menang atau Kalah Mati!

Jangkaan aku sekiranya BN masuk gelanggang Penanti, pasti BN jatuh tersungkur, ini berdasarkan penerimaan pengundi terhadap Nizar semasa PRK baru-baru ini jelas menunjukkan, yang peratus undi terhadap PR makin bertambah, Najib kata PRK kat penanti ni die tak nak ambik tau… pasai PAAAA??? Pasal die takutttttttttttttt…. die sudah ketarrrr…. BN kalah teruk ngn PR sudah 4 - 1, lawan lagi kat Penanti insyaAllah 5 - 1, kat Manik Urai ni insyaAllah kalo main bersih 6 - 1, kalo dah kena 6 - 1, sapa tak takut beb, tu semua tanda-tanda nyata PRU 13 ni BN memang jatuh bedebok tersembam muka dulu macam nangka busuk…

Jawapnya PRU 13 ni BN kalah mati terus.. kalo dapat jadi tokan pon mungkin kat Sabah ngn Serawak jek laa, silap gaya kat sana pon ade 2/3 kawasan die org ilang. Tu lah, kat Penanti die orang tak nak bertanding, tapi Tuhan nak tunjuk, walaupun kat Penanti die org tak nak bertanding, Tuhan “PAKSA” juga die org bertanding dengan cara diambilnya hamba die yang kat Manik Urai, jadi nak tak nak terpaksa laa juga masuk gelanggang.

Sebab tu aku kata sekiranya di Manik Urai ni nanti BN kalah juga, itu lah tanda-tanda nyata PRU 13 ni BN bakal “LINGKUP”,”BUNGKUS”, dan KALAH MATI………..

Bookmark and Share
Leave a Comment :, , , , , more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!